Ayah, betapa kakak nak jumpa dan lihat wajah ayah lagi. Betapa kakak inginkan pelukan ayah saat ini. Betapa kakak ingin memegang wajah ayah dengan kedua-dua tangan kakak. Betapa kakak ingin menggenggam erat tangan ayah. Kakak terlalu rindukan ayah..
Maafkan kakak sebab kakak menangis lagi malam ni. Ayah orang yang paling kakak rapat. Bila kakak sedih, tertekan, ayah sedaya upaya cari kata-kata untuk legakan hati kakak. Walaupun kadang-kadang, kakak bergurau dan cakap "tak rasa semangat pun". Tapi sebenarnya kakak tersenyum membaca setiap baris kata-kata dari ayah.
Ayah, sungguh kakak rasa belum puas nak berbakti dengan ayah. Kakak belum buktikan apa-apa lagi pada ayah. Kakak rasa semua tu tak cukup. Kakak pernah bagitahu ayah sambil menangis supaya sembuh cepat, supaya ayah sentiasa kuat sebab kakak nak ayah hadir waktu convocation kakak. Kakak nak ayah datang dan tengok kakak berjalan atas pentas memegang segulung ijazah. Sebab kakak nak tengok wajah gembira ayah. Kakak nak peluk ayah waktu tu.
Kakak teringat masa tu kakak dan ayah berdua dalam kereta. Kakak bagitahu ayah yang kakak nak grad dengan pointer tinggi. Kakak menangis sebab kakak tak nak kecewakan ibu dan ayah. Kakak terlalu sebak masa tu. Kakak tak dapat tahan air mata. Ayah hanya diam. Lepastu ayah kata "ayah bangga dengan anak ayah". Kakak tanya "kenapa?" "sebab anak-anak ayah semua belajar tinggi". Makin kuat kakak menangis. Kakak sedih bila ayah kata ayah bangga dengan kakak padahal ayah lebih pandai, bijak nak dibandingkan dengan kakak. Tapi ayah masih bangga dengan kakak.. Kakak janji kakak akan tunaikan impian ayah.. dengan izin Allah..
Kini, takde siapa yang kakak boleh panggil ayah. Ayah, kakak sangat-sangat rindu. Setiap kali kita keluar sama-sama, ayah pegang tangan kakak. Setiap kali subuh, ayah ketuk pintu bilik kakak. Setiap kali kakak nak tidur, ayah wish kakak "goodnight kak.. I love you". Setiap kali nak makan, ayah panggil "kak... kak....". Setiap kali balik dari kelas, ayah call kakak. Setiap hari ayah call kakak, tak pernah satu hari pun ayah tak call. Tanya makan apa, sihat atau tak. Ayah......... kakak sangat sayangkan ayah dan sebab sayang tu, kakak nak jumpa ayah lagi kat sana. Kakak nak kita sama-sama berkumpul kat Syurga Allah. Ayah, Ibu, Kakak, Nanan, Lily dan Rad sama-sama kat sana nanti. Moga Allah himpunkan kita dan temukan kita semula di Syurga Dia. Amin ya Rabbal 'Alamin.......
"ya Allah temukan kami dengan orang yang kami sayang di syurgaMu"
I LOVE YOU SO MUCH AYAH WALLAHI KAKAK SANGAT SAYANGKAN AYAH
Al-Fatihah untuk Ayah, Azman Bin Januri ❧
kerana cinta Dia :')
“kalau
kehadiran dia sekadar ingin menguji hati ini, jauhkanlah dia daripadaku ya
Allah"
rindu dari kejauhan
Menangis diri ini saat terkenangkan wajah ayah dan ibu. Rindu.
Rindu ingin bersama-sama dengan mereka. Peritnya menanggung ujian yang datang
silih berganti. Tapi apalah sangat ujian kita kalau nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa para sahabat Nabi kita. Ujian kita yang sekelumit itu pun kita tak mampu hadapi kan :') lemahnya diri ini. air mata tidak dapat dibendung lagi. ku tatap langit
yang terbentang luas. Indahnya. Mula berimaginasi. Ingin ku terbang jauh dari
sini. Jauh daripada mereka yang aku sayangi. Ayah, ibu dan adik-adik, rindunya akan kalian. Masih hangat terasa pelukan terakhir adik “sayang kakak…” eratnya pelukan itu. Ku tatap kembali langit yg biru, tiupan sang bayu
merasai tubuh. Aku kembali menangis. Mengenangkan jauhnya mereka dari sisiku. “takpe..
ada rezeki kita jumpa lagi kan? insyaAllah” kata ibu. Hati ini sebak. Ibu banyak
sabar dengan kerenahku. Luka di hati ibu, ibu pendam seorang diri. Ibu, thanks
for showering me with happiness for all these while. Allah. Ingin aku bahagiakan
mereka. Ingin aku jadi anak yang solehah. Solehah benar-benar dalam hati dan
peribadi. Bukan hanya dalam kotak angan-angan dan harapan. Membahagiakan mereka
tanpa ada tutur bicara yang menyakitkan. Message ayah ku baca satu per satu. Terbayang
raut wajah tuanya. Masih gagah mencari rezeki buat kami sekeluarga. Ayah
sentiasa menceriakan suasana. Sentiasa
buat kami gelak. I love how my ayah and ibu will do anything to make me happy
or make sure I am doing okay. They really never give up on me. Walaupun ayah
sedikit tegas dan garang, kami tahu dia sangat sayangkan kami. He is the only
one who understands me. Ayah dan ibu, I love you, eternally :’) I will keep
both of you and adik-adik in my doas insyaAllah. Missing all of you badly :’(
Ku pujuk diri, Allah kan ada jagakan mereka? :') Moga kalian sentiasa di bawah naungan kasih
sayang Allah. Buat ibu, ayah dan adik-adik yang dirindui :’)
Subscribe to:
Posts (Atom)